Faktor-faktor yang menyebabkan
kurikulum di Malaysia berubah.
Kurikulum
di Malaysia sebenarnya tidak berubah seratus peratus tetapi ianya ialah
penambahbaikan daripada kurikulum yang lepas. Mengapa penambahbaikan ini perlu
dilakukan? Perubahan atau penambaikan ini dilakukan untuk memenuhi tuntutan
semasa. Misalnya pada era 1960-an hingga 1980-an, pertanian amat penting pada
ketika itu. Oleh sebab itu, kurikulumnya menitik beratkan kepada soal
pertanian. Manakala, pada era 1980-an ke 1990-an, zaman perindustrian telah
muncul menggantikan zaman pertanian. Maka kurikulum pada ketika itu memfokuskan
kepada bidang kemahiran yang berkaitan dengan perindustrian.
Menurut Fatimah Hamid Don (1984), sejarah
perkembangan kurikulum di negara ini sememangnya memperlihatkan dengan jelas
bahawa aktiviti-aktivitinya adalah mencerminkan penegasan-penegasan pemerintah
dalam rancangan pembangunan negara untuk tiap-tiap lima tahun.
Seterusnya,
bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan seperti yang
kita lihat pada masa kini, ia dianggap sebagai satu mata pelajaran yang kurang
penting. Ini mungkin disebabkan oleh kurang kesedaran dan pengetahuan
masyarakat tentang kepentingan subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan bukan sahaja di sekolah malahan di dalam kehidupan manusia itu
sendiri.
Terdapat beberapa cara yang dicadangkan di sini untuk membantu kita dalam memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan ke tahap yang lebih tinggi dan setaraf dengan mata pelajaran teras
yang lain. Antaranya ialah :
Guru Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan sebagai role model
terbaik
Sebagai
pendidik, kita tidak akan terlepas dari pandangan masyarakat sekeliling. Guru
dianggap sebagai contoh terbaik kepada murid-muridnya. Semua aspek perlu
diambil kira samada dari aspek peribadi guru itu sendiri, sikap, cara pemakaian
dan sebagainya. Begitu juga dengan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu
menunjukkan penampilan yang terbaik dan setanding atau lebih hebat berbanding
dengan guru-guru mata pelajaran yang lain. Gambar 1 di bawah menunjukkan
banding beza cara guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berpakaian sukan yang
betul dan salah.
Gambar 1 : Banding beza pemakaian guru yang betul dan salah
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan diajar oleh guru opsyen.
Untuk
memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan,
langkah seterusnya yang boleh dilakukan ialah dengan cara mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan hendaklah diajar oleh guru opsyen. Ini
bertujuan untuk memastikan murid mendapat ilmu yang sepatutnya dan bukannya
berlari tiga pusingan dan bermain bola setiap kali masa Pendidikan Jasmani. Selain
itu, aspek asas pergerakan iaitu berlari, melompat dan melontar harus
diterapkan di dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang terlatih dan mendapat kursus mengetahui
dengan lebih mendalam tentang perkara ini. Seterusnya, pengajaran berbentuk
pergerakan kreatif dan dinamik akan membawa kepada rasa seronok murid ketika
melakukan aktiviti. Maka, adalah wajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan diajar oleh guru opsyen. Sejajar dengan matlamat KSSR
iaitu mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat
serta persekitaraan, pengetahuan ini telah ada di dalam guru opsyen yang bakal
menghadiri kursus itu. Gambar 2 di bawah
menunjukkan dilema yang dialami oleh guru bukan opsyen Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan
.
Seperti
mata pelajaran teras yang sedia ada iaitu Bahasa Malaysia, Matematik, Bahasa
Inggeris dan Sains, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
boleh dijadikan mata pelajaran teras dan dimasukkan dalam peperiksaan UPSR. Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah
untuk mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan
sosial secara seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa
ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yg mahir dan terlatih
untuk keperluan negara. Di sini jelas hasrat pendidikan di Malaysia ialah ingin
melahirkan individu yang seimbang dari jasmani. Justeru itu, mata
pelajaran ini sebenarnya akan melahirkan murid yang cergas dan berdisiplin
ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. Oleh itu, secara tidak langsung
murid akan menjadi cerdas dan mudah mematuhi arahan walaupun ketika mata pelajaran
lain diajar. Di negara Barat misalnya, subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan merupakan subjek teras dan menjadi keutamaan berbanding subjek-subjek
yang lain. Tetapi berbeza apa yang berlaku di negara Malaysia, subjek
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tidak diutamakan. Malahan bukan
sahaja golongan ibubapa menganggap mata pelajaran ini kurang penting tetapi ada
juga golongan berpendidikan yang menganggap ia tidak memberikan faedah kepada
murid-murid. Dalam KSSR ada menerapkan tentang perubahan fizikal, fisiologi
serta psikologi semasa akil baligh. Maksudnya, murid telah didedahkan tentang
perubahan fizikal ketika melalui akil baligh dan batasan-batasan antara jantina
lelaki dan perempuan. Berbanding KBSR, tajuk ini hanya akan diajar di sekolah
menengah iaitu ketika murid berada di tingkatan 1 dan 2.
Gambar 3 : Sekadar gambar hiasan
Kerap menganjurkan kursus-kursus
khas untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Sememangnya
bagi memartabatkan sesuatu perkara antara lain langkah untuk mencapai hasrat
itu ialah dengan mengadakan kursus-kursus khas. Tujuan utama kursus ini dibuat
adalah bagi memberi input-input baru
dan melatih guru-guru untuk mengaplikasi teori yang telah dipelajari melalui
pengajaran mikro. Kursus-kursus ini hendaklah dihadiri oleh guru-guru
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dan bukannya guru mata pelajaran
lain seperti mata pelajaran Matematik. Ini bagi mengelakkan berlakunya
kekeliruan guru tentang ilmu akan disampaikan semasa kursus itu nanti. Sehubungan
itu, jurulatih-jurulatih yang akan menyampaikan ilmu di dalam kursus itu nanti
hendaklah jurulatih yang bertauliah. Langkah-langkah ini perlu dititik-beratkan
dan ianya sesuai dengan hasrat memartabatkan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan di mata masyarakat di negara Malaysia khususnya. Gambar 3 dibawah
memaparkan keadaan guru-guru sedang bermesyuarat
.
Di
peringkat ini, guru berperanan penting untuk memberi kesedaran kepada
murid-murid, ibubapa, guru-guru dan masyarakat tentang kepentingan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bukan sahaja di dalam
peperiksaan tetapi juga di dalam kehidupan seharian murid-murid. Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen
mental, sosial, emosi, dan rohani. Maka antara kepentingan kecergasan ialah
membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.
Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang
kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap. Selain itu, murid
hendaklah didedahkan tentang kelebihan memiliki kesihatan yang baik dan tahap
kecergasan yang baik. Kesedaran ini penting kepada murid supaya mereka lebih
menghayati nilai yang akan mereka perolehi daripada mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Manakala unsur
kemahiran berfikir hendaklah diserapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kemahiran berfikir merupakan satu
proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan seterusnya penyelesaian
terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul dengan menggunakan pelbagai
cara iaitu dengan membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logik
dan munasabah terhadap proses yang dialami. (Edward
de Bono,1976, Dewey, 1910). Oleh yang demikian, secara
tidak langsung mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dapat
dimartabatkan. Gambar 5 di sebelah
memaparkan mesyuarat PIBG mengenai permasalahan murid.
Gambar 5 : Mesyuarat PIBG membincangkan permasalahan murid
Menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan kesihatan.
Sejajar dengan hasrat kerajaan membestarikan semua sekolah, penerapan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dengan
menggunakan internet menjadikan satu lagi langkah bagaimana memartabatkan mata
pelajaran ini. Walaupun tidak semua sekolah memiliki kemudahan internet, tetapi
kerajaan telah mengambil satu langkah bijak iaitu sekolah-sekolah di luar
bandar telah dilengkapkan dengan kemudahan internet dan tenaga solar bagi
menaik taraf serta memberi peluang kepada murid-murid di kawasan pendalaman
menikmati kemudahan ini. Justeru itu, murid-murid boleh melayari laman-laman
web yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Penggunaan
internet di kalangan murid-murid bukan lagi satu benda baharu pada masa kini, oleh
yang demikian pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran ini akan lebih
menarik. Gambar 6 di sebelah memaparkan kesungguhan murid menggunakan aplikasi
teknologi maklumat.
Gambar 6 : Murid menunjukkan minat menggunakan teknologi maklumat
Penyerapan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dalam pengajaran mata
pelajaran lain di sekolah.
Penyerapan :
- Penyerapan
adalah apabila ilmu pengetahuan daripada beberapa bidang diserapkan
menjadi satu mata pelajaran.
- Program KSSR,
unsur-unsur isi kandungan mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan diserap
menjadi isi mata pelajaran bahasa.
- Sebahagian
unsur mata pelajaran yang lain seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Seni,
Pendidikan Jasmani dan Muzik juga diserap dalam program bahasa sebagai
aktiviti sokongan.
Contohnya, ketika guru mata pelajaran
matematik yang ingin mengajar mengenal angka 1 hingga 100. Guru tersebut boleh
menggunakan kaedah seperti murid menyebut angka sambil melakukan senaman badan.
Penyerapan subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bukan sahaja
menarik minat murid, malah martabat mata pelajaran ini dapat ditingkatkan lagi.
Gambar 7 : Sekadar gambar hiasan
Pentaksiran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang lebih sistematik
Langkah
seterusnya bagaimana memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan ialah dengan mengadakan pentaksiran mata pelajaran ini
secara berasingan.
Pentaksiran
formatif berasaskan sekolah:
1.
Dijalankan secara berterusan untuk mengesan
perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
2.
Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai.
3.
Bersifat autentik dan holistik.
4.
Modul pengajaran dan pembelajaran mengandungi
cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Dengan
adanya pentaksiran seperti ini maka dapatlah guru menilai tahap penguasaan
murid dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Pelaksanaan
ujian ini dilakukan sekali dalam setiap semester. Hasil ujian ini
akan memberi maklumat terperinci kepada guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan tentang tahap kecergasan murid-murid. Oleh yang demikian, ini adalah
sebahagian daripada langkah untuk memartabatkan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Gambar 8 di bawah menunjukkan Ujian Segak
yang dijalankan oleh guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Gambar 8 : Ujian
Segak Tekan Tubi
Mewujudkan ruang-ruang bacaan atau pondok
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di sekolah.
Dalam menterjemahkan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ini sebagai satu mata pelajaran
yang menarik, beberapa kaedah dari mata pelajaran yang lain boleh ditiru.
Misalnya, mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah sering mewujudkan
ruang-ruang bacaan dan pondok Bahasa Malaysia. Kita juga perlu mewujudkan ruang
dan pondok yang menarik sebagai tempat rujukan dan penambahan ilmu pengetahuan
murid. Keseronokan pasti akan tercipta dan minat murid pasti akan lebih
mendalam terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Gambar 9 di sebelah merupakan contoh Pondok Belajar.
Gambar 9 : Contoh Pondok Belajar
Menganjurkan Minggu atau Bulan Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di peringkat sekolah.
Pihak
sekolah boleh menganjurkan minggu atau bulan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan di peringkat sekolah yang dikelola oleh Unit Panitia Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Antara tujuan Minggu dan Bulan Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ini ialah:
1.
Memberi kesedaran tentang kepentingan dan peranan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan kepada murid dan
masyarakat setempat.
2.
Menyediakan satu ruang kepada murid untuk menyelami
lebih dekat tentang subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
3.
Memberi pendedahan tentang kelebihan Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Antara aktiviti
yang boleh dilaksanakan termasuklah:
1.
Aktiviti yang berbentuk pertandingan. Contohnya
melukis dan permainan.
2.
Pameran.
3.
Perlawanan persahabatan
4.
Ceramah.
5.
Menjual buku-buku atau risalah berkaitan dengan
subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Gambar 10 di bawah merupakan aktiviti bermain bola
bersama guru dan murid.
Gambar
10 : Aktiviti bermain bola sepak antara guru dan murid
Penutup
Kesedaran
dan keprihatinan pihak tertentu tentang kepentingan Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan di sekolah tidak boleh dipandang remeh. Misalnya, isu
berat badan sudah sekian lama menjadi perbualan di kalangan masyarakat. Namun
kesedaran terhadap implikasinya ke atas kesihatan masih kurang. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa ramai ibu bapa suka melihat anak montel dan comel
apabila kelihatan tembam. Sebaliknya kita lupa bahawa keadaan itu akan
menyebabkan anak-anak akan mengalami masalah pergerakan, menjadi bahan ejekan
dan akhirnya mengalami tekanan perasaan. Pengambilan jumlah makanan
berhubungkait dengan jantina, umur dan jenis aktiviti seseorang invidu. Oleh
itu, adalah ideal untuk pelajar mengamalkan pengambilan makanan seimbang dan
juga melakukan aktiviti senaman atau fizikal bagi mengekalkan BMI untuk hidup
sihat dan cergas bukan dengan pengambilan bahan-bahan tambahan yang memberi
kesan terhadap kesihatan kita. Contohnya produk-produk untuk kelihatan langsing,
menyedut lemak atau mengambil pil pelangsingan dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu,
memantapkan tenaga pengajar dan jurulatih-jurulatih Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan selain daripada menggunakan teknologi maklumat dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran murid sedikit sebanyak dapat memartabatkan mata
pelajaran ini di mata masyarakat.
sumber : http://myilmuwan.files.wordpress.com
0 ulasan:
Catat Ulasan