sumber gambar :
OBJEKTIF PENGAJARAN :
Diakhir pembelajaran, murid dapat :
i. melakukan kemahiran menyangga dan servis dengan betul dan selamat.
ii. menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga daripada lima otot yang terlibat dalam aktiviti.
STRATEGI PENGAJARAN :
i. Latihan Litar
PENERAPAN NILAI : Bekerjasama
ABM/BBM : sekital, bola tampar, net, Samsung Tablet
PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid dapat membezakan jenis bola yang digunakan untuk aktiviti.
PERKEMBANGAN :-
Langkah : Set Induksi (5 minit)
Isi Pelajaran : Video Permainan Bola Tampar
Aktiviti Pengajaran :-
Guru :
i. Guru membahagikan kumpulan (satu kumpulan = Guru menggunakan video permainan Bola Tampar untuk menunjukkan kemahiran asas dalam permainan tersebut.
Murid : Melihat video yang dipaparkan oleh guru
Catatan : BBM (Samsung Tablet)
Langkah : Perkembangan - Langkah 1 ( 15 minit)
Isi Pelajaran : Memanaskan badan dan meregangkan otot
Aktiviti Pengajaran :-
Guru : Aktiviti memanaskan badan dilakukan dengan aktiviti Fartlek (berjalan - jogging - pecutan - jogging - jalan selama 7 minit) dan diikuti dengan aktiviti meregangkan otot selama 5 minit dalam bulatan.
Murid : Pelajar melakukan aktiviti mengikut arahan guru dengan betul dan selamat.
Catatan : Tiada alatan yang digunakan.
Langkah : Perkembangan - Langkah 2 ( 20 minit )
Isi Pelajaran : Latihan Litar
Aktiviti Pengajaran :-
Guru :
i. Menyediakan latihan litar yang terdiri daripada 4 stesen (servis, menyangga, merejam dan mengadang)
ii. Menunjukcara kemahiran asas disetiap stesen.
Murid :
i. Melakukan aktiviti kemahiran asas mengikut stesen dalam masa yang ditetapkan. (satu stesen aktiviti perlu dilakukan dalam masa 02:30 minit dan perlu membuat pusingan sebanyak dua kali)
Catatan : Bola tampar dan sekital.
Langkah : Perkembangan - Langkah 3 ( 35 minit)
Isi Pelajaran : Permainan mini
Aktiviti Pengajaran :-
Guru :
i. Guru menjadi pengadil untuk permainan mini
ii. Guru meminta pelajar untuk menggunakan semua teknik kemahiran asas yang dipelajari dalam permainan mini.
iii. Permainan mini dimainkan dengan kaedah 'King Stay' dimana setiap kumpulan yang mendapat dua mata perlu terus bertanding dan yang kalah perlu keluar dan kumpulan yang lain akan masuk.
Murid :
i. Bermain bola tampar menggunakan kaedah yang disarankan dengan betul dan selamat.
ii. Menggunakan semua teknik kemahiran asas yang telah dipelajari dalam latihan litar.
Catatan : BBM - Bola tampar dan net.
Langkah : Penutup - (5 minit)
Isi Pelajaran : Mengendurkan otot, menyejukkan badan dan pengukuhan.
Aktiviti Pengajaran :-
Guru : Memberi soalan tentang otot yang terlibat dalam permainan bola tampar
Murid : Menjawab jenis otot yang terlibat dalam permainan bola tampar.
Catatan : Tiada alatan yang digunakan
Jumaat, 15 November 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan