Jumaat, 15 November 2013

TUGAS MEMARTABATKAN SUBJEK PJPK


Faktor-faktor yang menyebabkan kurikulum di Malaysia berubah.
Kurikulum di Malaysia sebenarnya tidak berubah seratus peratus tetapi ianya ialah penambahbaikan daripada kurikulum yang lepas. Mengapa penambahbaikan ini perlu dilakukan? Perubahan atau penambaikan ini dilakukan untuk memenuhi tuntutan semasa. Misalnya pada era 1960-an hingga 1980-an, pertanian amat penting pada ketika itu. Oleh sebab itu, kurikulumnya menitik beratkan kepada soal pertanian. Manakala, pada era 1980-an ke 1990-an, zaman perindustrian telah muncul menggantikan zaman pertanian. Maka kurikulum pada ketika itu memfokuskan kepada bidang kemahiran yang berkaitan dengan perindustrian.
          Menurut Fatimah Hamid Don (1984), sejarah perkembangan kurikulum di negara ini sememangnya memperlihatkan dengan jelas bahawa aktiviti-aktivitinya adalah mencerminkan penegasan-penegasan pemerintah dalam rancangan pembangunan negara untuk tiap-tiap lima tahun.
Seterusnya, bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan seperti yang kita lihat pada masa kini, ia dianggap sebagai satu mata pelajaran yang kurang penting. Ini mungkin disebabkan oleh kurang kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang kepentingan subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bukan sahaja di sekolah malahan di dalam kehidupan manusia itu sendiri.



Soalan :
Memartabatkan PJPK sebagai satu mata pelajaran yang penting di sekolah rendah berdasarkan KSSR.
Terdapat beberapa cara yang dicadangkan di sini untuk membantu kita dalam memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ke tahap yang lebih tinggi dan setaraf dengan mata pelajaran teras yang lain. Antaranya ialah :
1)        Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan sebagai role model terbaik.
2)        Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan diajar oleh guru opsyen.
3)        Syor Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan sebagai subjek teras dan dimasukkan dalam peperiksaan UPSR.
4)        Kerap menganjurkan kursus-kursus khas untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
5)        Memberi kesedaran kepada murid-murid, ibubapa, guru-guru dan masyarakat tentang kepentingan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
6)        Menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
7)        Penyerapan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dalam pengajaran mata pelajaran lain di sekolah.
8)        Pentaksiran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang lebih sistematik.
9)        Mewujudkan ruang-ruang bacaan atau pondok Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di sekolah.
10)     Menganjurkan Minggu atau Bulan Pendidikan Jasmani dan kesihatan di peringkat sekolah.

Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan sebagai role model terbaik
            Sebagai pendidik, kita tidak akan terlepas dari pandangan masyarakat sekeliling. Guru dianggap sebagai contoh terbaik kepada murid-muridnya. Semua aspek perlu diambil kira samada dari aspek peribadi guru itu sendiri, sikap, cara pemakaian dan sebagainya. Begitu juga dengan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu menunjukkan penampilan yang terbaik dan setanding atau lebih hebat berbanding dengan guru-guru mata pelajaran yang lain. Gambar 1 di bawah menunjukkan banding beza cara guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berpakaian sukan yang betul dan salah.









Gambar 1 : Banding beza pemakaian guru yang betul dan salah

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan diajar oleh guru opsyen.
Untuk memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, langkah seterusnya yang boleh dilakukan ialah dengan cara mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan hendaklah diajar oleh guru opsyen. Ini bertujuan untuk memastikan murid mendapat ilmu yang sepatutnya dan bukannya berlari tiga pusingan dan bermain bola setiap kali masa Pendidikan Jasmani. Selain itu, aspek asas pergerakan iaitu berlari, melompat dan melontar harus diterapkan di dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang terlatih dan mendapat kursus mengetahui dengan lebih mendalam tentang perkara ini. Seterusnya, pengajaran berbentuk pergerakan kreatif dan dinamik akan membawa kepada rasa seronok murid ketika melakukan aktiviti. Maka, adalah wajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan diajar oleh guru opsyen. Sejajar dengan matlamat KSSR iaitu mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaraan, pengetahuan ini telah ada di dalam guru opsyen yang bakal menghadiri kursus itu.  Gambar 2 di bawah menunjukkan dilema yang dialami oleh guru bukan opsyen Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Rounded Rectangular Callout: Apalah nasib badan… opsyen matematik… tapi di suruh ajar PJK… hentam je la…
 









Gambar 2 : Dilema guru zaman sekarang

Syor Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan sebagai subjek teras dan dimasukkan dalam peperiksaan UPSR.
Seperti mata pelajaran teras yang sedia ada iaitu Bahasa Malaysia, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan boleh dijadikan mata pelajaran teras dan dimasukkan dalam peperiksaan UPSR. Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial secara seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yg mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Di sini jelas hasrat pendidikan di Malaysia ialah ingin melahirkan individu yang seimbang dari jasmani. Justeru itu, mata pelajaran ini sebenarnya akan melahirkan murid yang cergas dan berdisiplin ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. Oleh itu, secara tidak langsung murid akan menjadi cerdas dan mudah mematuhi arahan walaupun ketika mata pelajaran lain diajar. Di negara Barat misalnya, subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan subjek teras dan menjadi keutamaan berbanding subjek-subjek yang lain. Tetapi berbeza apa yang berlaku di negara Malaysia, subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tidak diutamakan. Malahan bukan sahaja golongan ibubapa menganggap mata pelajaran ini kurang penting tetapi ada juga golongan berpendidikan yang menganggap ia tidak memberikan faedah kepada murid-murid. Dalam KSSR ada menerapkan tentang perubahan fizikal, fisiologi serta psikologi semasa akil baligh. Maksudnya, murid telah didedahkan tentang perubahan fizikal ketika melalui akil baligh dan batasan-batasan antara jantina lelaki dan perempuan. Berbanding KBSR, tajuk ini hanya akan diajar di sekolah menengah iaitu ketika murid berada di tingkatan 1 dan 2.
Rectangular Callout: I Love PJK
 









Gambar 3 : Sekadar gambar hiasan


Kerap menganjurkan kursus-kursus khas untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Sememangnya bagi memartabatkan sesuatu perkara antara lain langkah untuk mencapai hasrat itu ialah dengan mengadakan kursus-kursus khas. Tujuan utama kursus ini dibuat adalah bagi memberi input-input baru dan melatih guru-guru untuk mengaplikasi teori yang telah dipelajari melalui pengajaran mikro. Kursus-kursus ini hendaklah dihadiri oleh guru-guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dan bukannya guru mata pelajaran lain seperti mata pelajaran Matematik. Ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan guru tentang ilmu akan disampaikan semasa kursus itu nanti. Sehubungan itu, jurulatih-jurulatih yang akan menyampaikan ilmu di dalam kursus itu nanti hendaklah jurulatih yang bertauliah. Langkah-langkah ini perlu dititik-beratkan dan ianya sesuai dengan hasrat memartabatkan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di mata masyarakat di negara Malaysia khususnya. Gambar 3 dibawah memaparkan keadaan guru-guru sedang bermesyuarat








Gambar 4 : Guru-guru sedang bermesyuarat

Memberi kesedaran kepada murid-murid, ibubapa, guru-guru dan masyarakat tentang kepentingan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Di peringkat ini, guru berperanan penting untuk memberi kesedaran kepada murid-murid, ibubapa, guru-guru dan masyarakat tentang kepentingan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bukan sahaja di dalam peperiksaan tetapi juga di dalam kehidupan seharian murid-murid. Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, dan rohani. Maka antara kepentingan kecergasan ialah membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap. Selain itu, murid hendaklah didedahkan tentang kelebihan memiliki kesihatan yang baik dan tahap kecergasan yang baik. Kesedaran ini penting kepada murid supaya mereka lebih menghayati nilai yang akan mereka perolehi daripada mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Manakala unsur kemahiran berfikir hendaklah diserapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kemahiran berfikir merupakan satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan seterusnya penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu dengan membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logik dan munasabah terhadap proses yang dialami. (Edward de Bono,1976, Dewey, 1910). Oleh yang demikian, secara tidak langsung mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dapat dimartabatkan.  Gambar 5 di sebelah memaparkan mesyuarat PIBG mengenai permasalahan murid.













Gambar 5 : Mesyuarat PIBG membincangkan permasalahan murid

Menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan kesihatan.
Sejajar dengan hasrat kerajaan membestarikan semua sekolah, penerapan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dengan menggunakan internet menjadikan satu lagi langkah bagaimana memartabatkan mata pelajaran ini. Walaupun tidak semua sekolah memiliki kemudahan internet, tetapi kerajaan telah mengambil satu langkah bijak iaitu sekolah-sekolah di luar bandar telah dilengkapkan dengan kemudahan internet dan tenaga solar bagi menaik taraf serta memberi peluang kepada murid-murid di kawasan pendalaman menikmati kemudahan ini. Justeru itu, murid-murid boleh melayari laman-laman web yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Penggunaan internet di kalangan murid-murid bukan lagi satu benda baharu pada masa kini, oleh yang demikian pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran ini akan lebih menarik. Gambar 6 di sebelah memaparkan kesungguhan murid menggunakan aplikasi teknologi maklumat.









Gambar 6 : Murid menunjukkan minat menggunakan teknologi maklumat

Penyerapan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dalam pengajaran mata pelajaran lain di sekolah.
Penyerapan :
  1. Penyerapan adalah apabila ilmu pengetahuan daripada beberapa bidang diserapkan menjadi satu mata pelajaran.
  2. Program KSSR, unsur-unsur isi kandungan mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa.
  3. Sebahagian unsur mata pelajaran yang lain seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan Muzik juga diserap dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan.
Cloud Callout: Syoknya kalau ada PJ dalam buku BI nie…Contohnya, ketika guru mata pelajaran matematik yang ingin mengajar mengenal angka 1 hingga 100. Guru tersebut boleh menggunakan kaedah seperti murid menyebut angka sambil melakukan senaman badan. Penyerapan subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bukan sahaja menarik minat murid, malah martabat mata pelajaran ini dapat ditingkatkan lagi.









Gambar 7 : Sekadar gambar hiasan
Pentaksiran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang lebih sistematik
Langkah seterusnya bagaimana memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ialah dengan mengadakan pentaksiran mata pelajaran ini secara berasingan.
Pentaksiran formatif berasaskan sekolah:
1.    Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
2.    Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai.
3.    Bersifat autentik dan holistik.
4.    Modul pengajaran dan pembelajaran mengandungi cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Dengan adanya pentaksiran seperti ini maka dapatlah guru menilai tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Pelaksanaan ujian ini dilakukan sekali dalam setiap semester. Hasil ujian ini akan memberi maklumat terperinci kepada guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tentang tahap kecergasan murid-murid. Oleh yang demikian, ini adalah sebahagian daripada langkah untuk memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Gambar 8 di bawah menunjukkan Ujian Segak yang dijalankan oleh guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.







Gambar 8 : Ujian Segak Tekan Tubi
Mewujudkan ruang-ruang bacaan atau pondok Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di sekolah.
          Dalam menterjemahkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ini sebagai satu mata pelajaran yang menarik, beberapa kaedah dari mata pelajaran yang lain boleh ditiru. Misalnya, mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah sering mewujudkan ruang-ruang bacaan dan pondok Bahasa Malaysia. Kita juga perlu mewujudkan ruang dan pondok yang menarik sebagai tempat rujukan dan penambahan ilmu pengetahuan murid. Keseronokan pasti akan tercipta dan minat murid pasti akan lebih mendalam terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Gambar 9 di sebelah merupakan contoh Pondok Belajar.







Gambar 9 : Contoh Pondok Belajar

Menganjurkan Minggu atau Bulan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di peringkat sekolah.
Pihak sekolah boleh menganjurkan minggu atau bulan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di peringkat sekolah yang dikelola oleh Unit Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Antara tujuan Minggu dan Bulan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ini ialah:
1.    Memberi kesedaran tentang kepentingan dan peranan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan kepada murid dan masyarakat setempat.
2.    Menyediakan satu ruang kepada murid untuk menyelami lebih dekat tentang subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
3.    Memberi pendedahan tentang kelebihan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan termasuklah:
1.    Aktiviti yang berbentuk pertandingan. Contohnya melukis dan permainan.
2.    Pameran.
3.    Perlawanan persahabatan
4.    Ceramah.
5.    Menjual buku-buku atau risalah berkaitan dengan subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Gambar 10 di bawah merupakan aktiviti bermain bola bersama guru dan murid.












Gambar 10 : Aktiviti bermain bola sepak antara guru dan  murid














Penutup
Kesedaran dan keprihatinan pihak tertentu tentang kepentingan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di sekolah tidak boleh dipandang remeh. Misalnya, isu berat badan sudah sekian lama menjadi perbualan di kalangan masyarakat. Namun kesedaran terhadap implikasinya ke atas kesihatan masih kurang. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai ibu bapa suka melihat anak montel dan comel apabila kelihatan tembam. Sebaliknya kita lupa bahawa keadaan itu akan menyebabkan anak-anak akan mengalami masalah pergerakan, menjadi bahan ejekan dan akhirnya mengalami tekanan perasaan. Pengambilan jumlah makanan berhubungkait dengan jantina, umur dan jenis aktiviti seseorang invidu. Oleh itu, adalah ideal untuk pelajar mengamalkan pengambilan makanan seimbang dan juga melakukan aktiviti senaman atau fizikal bagi mengekalkan BMI untuk hidup sihat dan cergas bukan dengan pengambilan bahan-bahan tambahan yang memberi kesan terhadap kesihatan kita. Contohnya produk-produk untuk kelihatan langsing, menyedut lemak atau mengambil pil pelangsingan dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, memantapkan tenaga pengajar dan jurulatih-jurulatih Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan selain daripada menggunakan teknologi maklumat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran murid sedikit sebanyak dapat memartabatkan mata pelajaran ini di mata masyarakat.



RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PJPK

RPT PJPK TINGKATAN SATU
RPT PJPK TINGKATAN DUA
RPT PJPK TINGKATAN TIGA
RPT PJPK TINGKATAN EMPAT

sumber : roszilah asmuti's blog

Usaha bagi meningkatan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran / bidang

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan manakala Pendidikan Kesihatan pula bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh yang demikian, pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) boleh dicapai seiring dengan Falsafah Penddikan Kebangsaan merupakan  suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Sebagai guru PJK matlamat utama yang perlu dicapainya adalah dalam merancang pengajaran dan pembelajaran (p&p) dengan berkesan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Pelajaran PJK yang menjadi bahan rujukan utama.
Dalam usaha menyusun Rancangan Pelajaran Tahunan PJK banyak elemen yang harus dititikberatkan seperti bilangan murid setiap tingkatan, kemudahan serta bilangan alatan dan bahan pengajaran dan tempat atau kawasan PJ yang akan dijalankan. Waktu PJK diperuntukkan adalah dua waktu dalam masa 1 jam 20 minit, berbanding pada suatu masa dahulu ada empat waktu dan dikurangkan lagi menjadi tiga waktu, dengan pengurangan waktu PJK menjadi dua waktu ini agak sukar untuk guru PJK memuaskan hati pelajar hanya dengan ‘main saja’ tanpa memberi ilmu pengetahuan tentang PJK. Oleh yang demikian, Rancangan Pelajaran Tahunan PJK perlu disusun dengan menggabungkan PJ dan PK atau dua waktu pengajaran dan pembelajaran PJ dan dua waktu pengajaran dan pembelajaran PK. PJ dimulakan dengan memanaskan badan kemudian diajar kemahiran permainan dan permainan kecil, sebagai penutup boleh dilakukancooling down dengan membuat refleksi tentang kemahiran permainan tadi atau selitkan tajuk PK.
Pada awal tahun guru PJK perlu memberi pengetahuan tentang kecergasan fizikal dengan memperkenalkan seberapa banyak senaman dan diuji dengan Ujian SEGAK. Murid perlu melakukan latihan-latihan kecergasan dengan bimbingan guru PJK dan mengetahui tahap kecergasan mereka dengan mengambil bilangan kadar nadi latihan (KNL) murid. KNL ini boleh digunakan sebagai indicator kepada guru PJK untuk mengajar kemahiran-kemahiran permainan yang lain. Silibus PK boleh diajar dalam bulan puasa seperti p&p mata pelajaran lain dengan teknik dan kaedah yang menyeronokkan dan berkesan.
Semasa pengajaran PJ guru PJK perlu mengenalpasti murid-murid yang berbakat dan berkebolehan tinggi dalam permainan untuk diketengahkan sebagai wakil sekolah dan perlu memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai aktiviti PJ yang diajar. Pengesanan bakat murid ini akan membantu menaikkan nama sekolah jika berjaya dalam pertandingan peringkat zon. Bagi murid-murid yang mendapat ilmu dari pengajaran PJ yang berkesan tadi, mereka boleh gunakan aktiviti senaman  bagi memenuhi masa lapang dengan berfaedah seperti bermain bola sepak, bola jaring, badminton, berjoging, senamrobik dengan kawan-kawan disekitar perumahan mereka. Pengajaran dan pembelajaran PJK yang berkesan boleh dicapai sekiranya semua murid mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran PJK, murid pula akan berasa puas hati sekiranya mereka dapat memegang, menyepak, menyentuh alatan sukan walau sekejap pun pada masa PJK.
Penyelenggaraan alatan mengajar PJK ini perlulah lebih sistematik dengan mengambil kira bilangan, keselamatan dan saiz alatan yang digunakan. Ketua Panitia PJK perlu mengenalpasti kualiti dan kuantiti alatan agar semua murid dapat menggunakan alatan secara maksimum semasa PJ. Pengurusan bilik penyimpanan alatan sukan ini perlu dirancang dari segi penyusunan alatan, buku pinjaman, stok alatan, alatan kegunaan harian dan keselamatan. Bilik sukan ini sudah tidak sesuai dipanggil sebagai stor sukan kerana penggunaannya perlulah bersifat professional dan sistematik, di SMK Setapak Indah ia dinamakan sebagai Bilik Pengurusan Sukan.
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran PJK untuk tingkatan 1 yang bermula pada tahun ini dapat meningkatkan profesionalisme Pendidikan Jasmani Kesihatan dan menjadi sama penting dengan mata pelajaran lain. Dalam usaha merealisasikan PBS PJK ini, taklimat khas PBS PJK telah disampaikan kepada semua ahli panitia PJK. Modul Pentaksiran  PJK telah disusun dengan sistematik mengikut bab dalam buku teks PJK tingkatan satu. Penghasilan Modul Pentaksiran PJK ini dapat membantu guru PJK yang bukan opsyen menjalankan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiksiran dengan mudah. 

Harapan dan wawasan anda sebagai seorang Guru Cemerlang PJPK

Salah satu saluran dan agen terpenting untuk mencapai matlamat pendidikan dan cita-cita Negara adalah melalui penglibatan aktif pelajar dalam kegiatan-kegiatan jasmani, sukan dan permainan. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) dipertanggungjawabkan membentuk perkembangan tingkah laku yang diterima masyarakat melalui proses sosialisasi yang ketara. Sebagai satu disiplin serta sumber ilmu yang informal, PJK merupakan media yang amat berkesan bagi mencapai Matlamat Pendidikan Negara amnya.
            Secara rasional, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) adalah penting dan diperlukan bagi mempelajari kemahiran-kemahiran pergerakan harian dalam sukan, gaya hidup sihat dan amalan kesihatan yang baik, ini dapat membantu seseorang mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. PJK juga dapat membimbing tingkah laku seseorang supaya berfungsi sebagai seorang yang bijak. Ia boleh menyedarkan orang ramai bahawa PJK dapat memberi sumbangan kepada nilai kemasyarakatan. Bidang PJK mempunyai matlamat yang bersangkut-paut dengan matlamat pendidikan iaitu untuk mendidik seseorang pelajar secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
            Terbentuknya Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) SMK Setapak Indah ini, berfungsi dan berperanan untuk membantu memantapkan pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum sekolah. Keupayaan Ketua Panitia dan semua ahli panitia PJK untuk memikul tanggungjawab masing-masing dengan cekap dan komitmen akan turut membantu pentadbir sekolah ke arah mencapai matlamat yang telah dikenalpasti
            Dengan terhasilnya blue print ini, Ketua Panitia PJK dan pihak-pihak yang terbabit boleh menggunakannya sebagai garis panduan untuk menyelia, mengawal, memimpin dan seterusnya membimbing ahli-ahli panitia bergerak senada dan seiring dengan Misi dan Visi SMK Setapak Indah.

SOALAN PJPK TINGKATAN DUA - PENDIDIKAN PERGERAKAN

PENDIDIKAN PERGERAKAN
Gimnastik Artistik

1        Susun mengikut urutan perlakuan aktiviti jalan tangan
            I       Menapak untuk bergerak ke hadapan
            II     Berada dalam keadaan sokong hadapan
III    Angkat kaki satu persatu ke posisi dirian tangan
            IV    Stabilkan kedudukan dengan meluruskan kaki dan tangan
          A   I , II , III , IV
          B   I , III , II , IV
          C   I ,II , IV , III
          D   III , I , II , IV

2        Pola gerak edar merupakan pola ketiga dalam gimnastik artistik yang memberi tumpuan kepada kualiti pergerakan yang dilakukan semasa bergerak. Antara yang berikut yang manakah merupakan contoh pergerakan yang terdapat pola tersebut?
A   Merangkak
B   Meringkuk
C   Melunjur
D   Menggelongsor

3        Aspek keselamatan yang perlu dipatuhi semasa menjalani latihan gimnastik artistik di sekolah .  Antara berikut yang manakah patut dipatuhi sebelum melakukan aktiviti ?
A   Menyimpan peralatan di tempat yang selamat
B   Melakukan ansur maju sebelum melakukan sesuatu aktiviti
C  Memastikan alat yang digunakan seperti bangku panjang , peti lombol dan 
      lain-lain hendaklah selamat dan tidak membahayakan
D  Membina keyakinan diri sebelum melakukan sebarang aktiviti


4        Berjalan , berlari,  skip , gelongsor  dan kaki bersilang adalah terdapat dalam pola
A   Pola statik
B   Pola ayunan
C   Pola gerak edar
D   Pola pendaratan

5        “Duduk di atas lantai dengan kedua-dua belah kaki lurus ke hadapan sambil kedua-dua belah tangan menapak di sisi.  Angkat badan ke atas dengan menggunakan kekuatan otot.  Bengkokkan lutut semasa badan tinggi dari lantai.  Kedua-dua belah tangan dan kaki menyokong badan”
Apakah nama gerak edar di atas ?
A   Jalan tangan
B   Jalan ketam di atas lantai
C   Jalinan pergerakan ke hadapan dan ke belakang
D   Jalan dua langkah di atas bangku panjang, lompat dan cangkung

Gimrama

6        Pergerakan berkoordinasi dan estatik diiringi muzik sambil menggunakan peralatan seperti reben, tali, gelung rotan  atau bola adalah pergerakan  dalam
A   Gimnastik artistik
B   Gimrastik Pendidikan
C   Gimnastik irama
D   Gimnastik kreatif

7        Komponen kecergasan fizikal yang diikatkan dengan akitviti gimrama ialah
A   Kelenturan
B   Kesihatan badan
C   Komposisi badan
D   Kardiovaskular

8    Susun mengikut urutan perlakuan aktiviti lentik kucing
           I      Berada dalam kedudukan merangkak
           II     Kedudukan tangan lurus dengan jarak yang selesa
                   ringkukkan badan sehingga dagu mencecah dada
           III    Perlahan-lahan menukar bentuk daripada bulat ke meleding
                   kepala didongakkan ke atas mengikut lentikan badan
           IV    Kembali ke kedudukan asal 
          A   I , II , III , IV
          B   I , III , II , IV
          C   I ,II , IV , III
          D   III , I , II , IV

  9     Aspek keselamatan yang perlu dipatuhi semasa menjalani latihan gimrama di
         sekolah .  Antara berikut yang manakah patut dipatuhi semasa melakukan
         aktiviti ?
A    Memakai pakaian yang sesuai
B    Melakukan aktiviti menyejukkan badan
C    Elak dari kawasan yang tidak selamat
D    Elak melakukan hiperektensi semasa akiviti kelenturan

10          Pilih yang manakah akitviti yang di lakukan dalam pergerakan gimrama?
A   Peti lombol
B   Jalan ketam diatas lantai
C   Meringkuk dan melunjur
D   Jalan dua langkah di atas bangku panjang, lompat dan cangkung

    Gimnastik Pendidikan
    
11          Pergerakan boleh dilakukan dengan pebagai kelajuan seperti cepat,lambat, kawal-lambat dan serta-merta.  Apakah nama tema ini ?
              A   Kesedaran masa   
              B   Kesedaran aras
              C   Kesedaran ruang
              D   Kesedaran tubuh badan

12          Pergerakan menolak awan atau menolak dinding ialah contoh pergerakan secara
A   cepat
B   lambat
C   serta-merta
D   kawal-lambat

13          Bergerak untuk menunjukkan perkaitan antara satu bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain seperti tangan dan kaki.  Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah
A   roda kereta
B   lompat layang
C   hula-hoop
D   ekstensi badan

14          Aspek keselamatan yang perlu di patuhi semasa menjalani latihan gimnastik
         pendidikan di sekolah .  Antara berikut yang manakah patut dipatuhi selepas 
         melakukan  aktiviti ?
A    Memakai pakaian yang sesuai
B    Melakukan aktiviti menyejukkan badan
C    Melakukan akitviti memanaskan badan

D    Meneroka pelbagai pergerakan yang sesuai dengan arahan

SKEMA JAWAPAN
1          D                     11        A
2          D                     12        D
3          C                     13        A
4          C                     14        B
5          B                           
6          C                     
7          A                     
8          A                     
9          D                   
10        C                     
 
Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver